Google I/O merupakan salah satu acara yang disediakan oleh Google untuk menawarkan pelbagai kemaskini produk semasa mereka kepada para pembangun – dan pada masa yang sama berkongsi bagaimana pembangun boleh mengambil kelebihan platform Google pada produk mereka.
Setiap tahun, pada acara berkenaan, Google akan berkongsi ciri-ciri baru yang disediakan dan akan dibawakan oleh versi Android baru, versi Chrome OS baru, serta pelbagai platform Google yang lain.
Untuk tahun ini, acara berkenaan akan diadakan pada 18 Mei sehingga 20 Mei 2016, dimana Google akan berkongsi pelbagai info menarik kepada pembangun selama acara tiga hari ini.
Bagi para pembangun, mungkin anda boleh tandakan kalendar anda, dan nantikan info lanjut berkaitan pendaftaran jika anda ingin ke sana. Google juga akan menyiarkan acara berkenaan secara langsung melalui saluran YouTube rasmi Google Dev.