Carian
iTron – Power Bank Yang Boleh Dicas Penuh Dalam Masa Hanya 18 Minit
January 13, 2016 Effi Saharudin

Power bank, aksesori yang amat diperlukan sekarang untuk memastikan peranti anda akan dapat beroperasi sepanjang hari. Ianya kami gunakan apabila melakukan banyak tugasan luar. Kelemahan utama power bank ialah ia memerlukan masa yang amat lama untuk dicas. Sebuah power bank dengan kapasiti 10000 mAh mengambil masa hampir 8 jam untuk dicas sepenuhnya. Kerap kali power bank yang sepatutnya menyelamatkan kami ketika peranti hampir kehabisan bateri yang mengalami kekurangan caj kerana terlupa untuk dicas.

Simpiz-iTron-1

Oleh sebab itu Simpiz iTron ialah power bank yang sangat kami nantikan. Ianya sebuah power bank berkapasitri 9000 mAh yang mampu dicas sepenuhnya dalam masa hanya 18 minit. Pengecasan hanya selama 3 minit misalnya dapat mengecas sepenuhnya sebuah iPhone 6S. Simpiz, pengeluar iTron mendakwa sistem pengecasan bateri mereka adalah lebih pantas berbanding QuickCharge 3.0 yang bakal digunakan peranti yang menggunakan cip Snapdragon 820. Power bank ini boleh dicas sebanyak 1000 kali sebelum perlu diganti. Ia turut dilengkapi 8 sistem keselamatan bagi memastikan ia tidak akan meletup atau mengakibatkan kerosakan pada peranti pintar yang ingin dicas. Power bank iTron mempunyai satu port USB-A yang menyokong protokol pengecasan QuickCharge 2.0. Turut disertakan ialah dok pengecasan tambahan yang mempunyai dua port USB-A 5V/2A dan satu port USB-A QuickCharge 2.0. Ia akan mula dijual Februari ini dengan harga $89 (~RM 390) sebuah.

 

Komen