Jualan peranti yang menggunakan iOS tahun lalu akhirnya melangkaui jualan peranti yang menggunakan Windows untuk pertama kali di dalam sejarah. Data dari Asymco menunjukkan sehingga penghujung Disember 2015 sebanyak 290 Juta peranti iOS berjaya dijual. Pada waktu yang sama sebanyak 275 Juta peranti yang menggunakan Microsoft Windows berjaya dijual. Ini adalah data yang menunjukkan kejatuhan jualan PC yang semakin teruk saban tahun. Pada tahun 2014 sebanyak 300 Juta peranti Windows berjaya dijual.
Pada waktu yang sama tahun lalu sebanyak 10 Juta peranti Mac berjaya dijual sepanjang tahun. iOS mungkin lebih banyak dijual namun sistem operasi komputer nampaknya masih dipegang Windows dengan jidar yang besar. Menarik juga melihat jualan iPad yang turut menunjukkan kemerosotan.Bagaimana pula dengan jualan peranti Android? Angka terkini masih belum kami temui tetapi pada tahun 2014 ia mencecah 1 Billion unit. Ini adalah peningkatan mendadak dari jualan sebanyak 780.8 Juta pada tahun 2013.