Origin Access Dilancarkan – Netflix Untuk Permainan PC Keluaran EA
Artikel Berkaitan

Origin Access Dilancarkan – Netflix Untuk Permainan PC Keluaran EA

Diterbitkan pada Jan 13, 2016 oleh .

Minggu lalu Netflix hangat dibicarakan pengguna di Malaysia. Perkhidmatan penstriman video ini memberikan akses kepada pengguna untuk menonton siri TV dan filem dengan harga bermula RM 33 sebulan. Kini perkhidmatan Netflix untuk permainan PC dilancarkan oleh EA. Origin Access membenarkan ahli memainkan permainan lama pada platform PC dengan langganan hanya $4.99 sebulan. Kesemua koleksi permainan lama ini boleh dimainkan tanpa had selagi pengguna melanggani perkhidmatan ini.

Origin-Access-2

Perkhidmatan langganan bulanan ini hadir selepas lebih setahun EA Access yang hampir serupa dilancarkan pada konsol Xbox One. Selain akses kepada koleksi permainan EA, pelanggan turut dapat mendapatkan diskaun sehingga 10% ke atas segala pembelian permainan terkini keluaran mereka. Mereka juga diberikan akses awal kepada permainan yang masih dalam pembangunan. Perkhidmatan ini akan bermula 5 Februari ini dengan permainan klasik Dragon Age: Inquisition, Battlefield Hardline, The Sims 3 dan FIFA 15 antara yang boleh dimainkan. Kepada pengguna di Malaysia, perkhidmatan ini tidak akan ditawarkan kepada kita buat masa ini. Tetapi seperti kebanyakan perkhidmatan seperti ini, ia mungkin akan ditawarkan di masa hadapan.


TIPS & ULASAN