Carian
Di Eropah Majikan Berhak Membaca Mesej Peribadi Media Sosial Pekerja
January 13, 2016 Nisa

Adakah majikan berhak membaca mesej peribadi di aplikasi media sosial milik pekerja? Ini persoalan moral dan hak asasi manusia yang baru sahaja dijawab di Eropah. Mahkamah Hak Asasi Manusia di Strasbourg hari ini menyebelahi majikan yang membaca mesej peribadi seorang pekerja. Kes ini melibatkan seorang jurutera di berbangsa Romania yang mendakwa majikan melanggar hak asasi manusia kerana membaca mesej peribadi Yahoo Messenger beliau.

Spy-Eropah

Menurut pandangan mahkamah ini,majikan diberikan hak membaca mesej peribadi pekerja sekiranya mereka mempercayai aplikasi menghalang pekerja melakukan tugas di dalam waktu kerja. Bagi memastikan pekerja tidak mencuri tulang, mereka boleh melihat aplikasi tidak digunakan. Sebuah keputusan yang menarik kerana Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah kerap menyebelahi hak individu. Jadi pengajaran dari kes ini ialah jangan terlalu banyak menggunakan aplikasi pemesejan ketika bertugas.

 

Komen