Pengguna HTC One M8 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 6.0 Marshmallow
HTC

Pengguna HTC One M8 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 6.0 Marshmallow

Diterbitkan pada Jan 13, 2016 oleh .

Dengan persaingan sengit dalam arena pengeluaran peranti, salah satu cara untuk para pengeluar peranti menarik pengguna untuk menggunakan jenama mereka adalah dengan menawarkan kemaskini perisian dengan pantas kepada pengguna mereka.

Terkini, lanjutan daripada pengenalan Android 6.0 Marshmallow tempoh hari, pihak HTC menjadi antara yang terawal dan kini telah pun mula menawarkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow dilengkapi antaramuka HTC Sense kepada pengguna HTC One M8.

HTC M8 Marshmallow

Melalui kemaskini baru bersaiz 1.14GB ini, ia menawarkan kebolehan mengawal data yang diakses sesuatu aplikasi, fungsi baru dinamakan Now On Tap yang membolehkan anda menerima informasi tambahan melalui Google Now pada sebarang skrin pada telefon anda, dan juga penawaran masa penggunaan bateri yang lebih lama melalui fungsi Doze.

Bagi anda yang menggunakan HTC One M8, anda boleh menyemak peranti anda sama ada sudah menerimanya. Kebiasaannya, kemaskini ini akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna.


TIPS & ULASAN