Cari @ Amanz

Google sedia membuat rakaman di pelbagai lokasi seluruh dunia menggunakan kamera 360-darjah yang dipasang pada pelbagai kenderaan berbeza. Terkini, mereka melangkah setapak kehadapan, menggunakan kamera bersaiz mini dalam merakamkan model miniatur terkemuka, Hamburg’s Miniatur Wunderland.

Google Mini Street View

Model miniatur ini adalah model laluan keretapi paling besar di dunia, yang mana mempunyai perjalanan sepanjang 13,000 km, dan dalam bandar berkenaan juga terdapat lebih 200,000 penduduk miniatur. Pelbagai model bangunan sekitar Jerman turut disertakan pada bandar miniatur berkenaan, termasuk lapangan terbang.

Untuk menjayakan rakaman Street View ini, Google telah menggunakan kamera bersaiz mini dan menggunakannya bersama-sama model keretapi dan juga kenderaan untuk merakamkan pemandangan sekitarnya.

Dengan adanya ini, kini pengguna turut boleh mengambil pengalaman menjadi watak miniatur, dan melihat sekitar bandar miniatur, Hamburg’s Miniatur Wunderland.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd