Cari @ Amanz

Pada hari ini, sekiranya anda ingin menghantar sesuatu kandungan daripada pelayar web Google Chrome di desktop ke televisyen anda, anda akan memerlukan sebuah pemalam Chromecast khusus dipasang pada pelayar web anda. Melalui versi pembangunan Chrome terkini, Google dilihat akan mengintegrasikan ciri berkenaan terus pada pelayar web tanpa memerlukan sebarang pemalam tambahan.

Chromecast

Dengan integrasi ini secara terbina, pengguna boleh menghantar sebarang kandungan termasuk lagu, video, mahupun web terus ke kaca televisyen dengan lebih mudah.

Melalui integrasi ini juga, sebuah menu baru ditambah apabila pengguna klik kanan pada sebarang web, dinamakan sebagai “Cast…”.

Ciri ini hanya hadir dalam Chrome Beta buat masa ini, dan perlu diaktifkan melalui tab ekperimental. Berkemungkinan kita akan dapat melihat ia dilancarkan pada fasa stabil tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd