Cari @ Amanz

Sejak tahun lepas, perkhidmatan penstriman muzik telah menerima perhatian ramai pengguna, dan ramai telah selesa menggunakannya. Perkara ini turut membuatkan pengenalan iFlix dan Netflix di Malaysia turut mempunyai permintaan dikalangan pengguna.

Dengan perkembangan dunia internet, dan juga pelbagai perkhidmatan penstriman yang hadir dari hari ke hari, pihak Apple turut telah dikaitkan dengannya beberapa kali sebelum ini. Beberapa laporan telah hadir sebelum ini mengatakan Apple dalam perbincangan bersama beberapa pihak untuk melancarkan perkhidmatan penstriman mereka tersendiri.

Apple TV

Apple sedia mempunyai perkhidmatan penstriman muzik mereka dinamakan Apple Music, dan pengenalan penstriman video mungkin tidak asing bagi mereka – apatah lagi dengan kesediaan Apple TV.

Laporan terkini hadir mengatakan Apple merupakan salah satu syarikat yang memerhati untuk pengambil-alihan Time Warner – yang mana mungkin menjadi asas untuk perkhidmatan penstriman video atau TV mereka.

Sekiranya ini benar, maka Apple mungkin mempunyai akses kepada siaran CNN, HBO, Cartoon Network, Warner Bros dan sebagainya.

Apple mempunyai akses kewangan yang banyak, dan tidak sukar untuk mereka mengambil-alih Time Warner. Tetapi, seperti biasa pelbagai proses akan dilalui sama ada mereka memerlukannya atau ia memadai dengan hanya bekerjasama sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd