Cari @ Amanz

Papan apung ialah hadiah Krismas paling popular tahun lalu. Ia menjadi kegilaan seluruh dunia kerana ia memudahkan manusia bergerak tanpa menggunakan tenaga. Kepopularan papan apung sedikit berkurangan tahun ini setelah berlaku pelbagai insiden melibatkannya terbakar secara tiba-tiba. Masalah bateri ini juga mengakibatkan ia diharamkan dari dibawa masuk ke dalam pesawat. Ia turut menyebabkan seorang paderi Katolik digantung perkhidmatan kerana menggunakannya di dalam gereja.

Hoverboard-Papan-Apung

Di Dubai, seorang lelaki Filipina maut ketika menggunakan sebuah papan apung. Lelaki yang tidak didedahkan identitinya ini melanggar sebuah tiang lampu sebelum terjatuh dan meninggal dunia. Ini adalah insiden kematian melibatkan papan apung pertama di Dubai dan kedua di dunia. Hujung tahun lalu seorang remaja 15 tahun meninggal dunia di London selepas digilis bas ketika menaiki papan apung beliau. Penggunaan papan apung di kawasan awam telahpun diharamkan. Pihak berkuasa mempunyai hak menyita papan apung yang ditemui mereka di kawasan-kawasan ini. Papan apung mempunyai masalah dimana ia boleh terhenti secara tiba-tiba apabila kehabisan bateri. Apabila ini berlaku, penunggang akan tercampak dan mengalami kecederaan yang teruk. Di Malaysia setahu kami masih tiada halangan penggunaannya papan apung di tempat awam. Kemalangan melibatkannya juga belum lagi kami temui di media masa. Adakah ini bermakna penunggang papan apung Malaysia lebih bijak mengawal kenderaan mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd