Cari @ Amanz

Samsung Electronics sedia mempunyai kapasiti pengeluaran yang besar untuk bahan-bahan semikonduktor, termasuk cip pemprosesan. Mereka mempunyai beberapa pelanggan, dan terkini, pihak Qualcomm turut memilih Samsung untuk mengeluarkan cip Snapdragon 820.

Snapdragon

Samsung akan mengeluarkan cip Snapdragon 820 ini menggunakan teknologi pengeluaran cip 14nm yang dilimiliki mereka. Peranti menggunakan cip Snapdragon 820 dijangka akan dipasarkan bermula suku pertama 2016, malah ada telefon pintar yang menggunakannya telah pun diumumkan.

Samsung mengatakan melalui teknologi 14nm, ia membolehkan cip pemprosesan menawarkan kelajuan yang lebih tinggi, tetapi menggunakan tenaga bateri yang lebih rendah.

Selain daripada untuk Qualcomm, pihak Samsung juga turut menggunakan cip rekaan 14nm untuk cip Exynos yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd