Lenovo Vibe X3 Sedia Untuk Dipra-tempah – Telefon Pintar Memfokuskan Sokongan Audio

Lenovo Vibe X3 Sedia Untuk Dipra-tempah – Telefon Pintar Memfokuskan Sokongan Audio

Diterbitkan pada Jan 14, 2016 oleh .

Pihak Lenovo Malaysia kini telah memulakan pra-tempahan untuk salah satu telefon pintar terbaru mereka, iaitu Lenovo Vibe X3. Pra-tempahan ini dilakukan melalui laman Lazada, dan untuk tempoh promosi, ia berharga RM1899.

Lenovo Vibe X3

Lenovo Vibe X3 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 808, serta memori 3GB RAM. Peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500mAh, kamera belakang 21-megapixel PDAF dan kamera hadapan 8-megapixel.

Peranti ini dengan fokus terhadap audio, ia menyertakan sokongan Dolby Atmos untuk speaker, serta dilengkapi sokongan Lenovo Sound untuk menawarkan kualiti audio yang baik dan dioptimasikan untuk pengguna.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran di laman Lazada Malaysia hari ini.


TIPS & ULASAN