Cari @ Amanz

Pelbagai peranti flagship hari ini hadir dengan rekaan unibody yang menyukarkan pengguna untuk membuka atau mengantikan sebarang komponen. Untuk mengatasinya, rekaan berbentuk modular telah diperkatakan sejak setahun dua yang lepas, dan kini mengikut desas-desus terkini, LG dikatakan akan mengintegrasikan sebahagian rekaan modular pada peranti akan datang mereka.

LG G5 Modular

Melalui laporan terbaru ini, ia dikatkaan LG G5 akan menggunakan rekaan logam sepenuhnya, dan ia menyertakan bahagian bawah yang boleh ditanggalkan untuk mengeluarkan bateri.

Pihak LG, seperti biasa tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan desas-desus terbaru ini.

Apa pun, sekiranya ini benar, maka ia akan mencuri perhatian ramai dan tidak mustahil untuk melihat lebih ramai pengeluar hadir dengan rekaan berasaskan modular pada peranti-peranti akan datang.

LG sedia menjadualkan sebuah acara media pada Mobile World Congress 2016, dan mungkin kita akan melihat pengumuman peranti flagship baru LG ini ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd