Sony Merakam Video 360° Beresolusi 48K Menggunakan 12 Xperia Z5 Compact

Sony Merakam Video 360° Beresolusi 48K Menggunakan 12 Xperia Z5 Compact

Diterbitkan pada Jan 14, 2016 oleh .

Peranti Sony Xperia Z5 Compact mampu mengambil video pada resolusi 4K. Kemampuan mengambil video UHD ini digunakan oleh Sony bagi menghasilkan video 360 darjah dengan resolusi gabungan 48K. Sebanyak 12 peranti Xperia Z5 Compact digunakan untuk merakam video di bawah. Sebuah cagak khas berbentuk bulatan dihasilkan menggunakan cetakan 3D bagi memegang kesemua peranti. Rakaman dilakukan ketika Festival Rise Ski & Snowboard Festival di Les Deux Alpes, Perancis .Bagi menikmati video ini anda disyorkan menggunakan sebuah cermin mata maya seperti Google Cardboard. Kepada yang tidak mempunyainya video masih boleh diputar dengan kawalan tetikus.

 


TIPS & ULASAN