StinkBOSS – Alat Menghilangkan Bau Busuk Kasut, But & Peralatan Sukan

StinkBOSS – Alat Menghilangkan Bau Busuk Kasut, But & Peralatan Sukan

Diterbitkan pada Jan 14, 2016 oleh .

Kita tinggal di negara beriklim tropika. Apabila panas kita berpeluh. Apabila hujan kita dibasahi pula oleh air yang mencurah turun dari langit. Masalah kasut yang berbau busuk rasanya dialami oleh kebanyakan penduduk Malaysia. Ianya sukar sekali untuk dibendung kerana faktor cuaca yang kami sebutkan tadi. Penyembur anti busuk yang pernah kami gunakan indah iklan dari realiti. Jadi bau busuk kasut di luar rumah sudah menjadi perkara biasa.

StinkBOSS-1

StinkBOSS ialah alat pengering kasut yang membanteras bau busuk pada kasut dan but sukan. Alat membanteras bau busuk menggunakan dua kaedah. Kaedah pertama ialah mengeringkan kasut menggunakan udara bersuhu 21 darjah Celsius. Udara yang panas tidak digunakan kerana boleh merosakkan kasut yang diperbuat daripada kulit dan getah. Kaedah kedua ialah ia menghasilkan ozon yang terbukti membunuh bakteria yang menyebabkan bau busuk. Selain kasut pengguna juga boleh menghilangkan bau busuk sarung tangan gusti, topi, bola dan pad siku/lutut. Harga jualan StinkBOSS ialah $149.99 (~RM 657) sebuah.


TIPS & ULASAN