Twitter Hadir Dengan Akaun Khusus Memfokuskan Permainan – @TwitterGaming

Twitter Hadir Dengan Akaun Khusus Memfokuskan Permainan – @TwitterGaming

Diterbitkan pada Jan 14, 2016 oleh .

Twitter GamingArena permainan video agak mendapat perhatian sejak tahun lepas, dimana pelbagai syarikat hadir dengan peranti dan peralatan memfokuskan arena permainan, dan tidak ketinggalan juga perkembangan e-sukan, serta pengenalan YouTube Gaming oleh Google.

Terkini, Twitter turut menyertai arena sama dengan memperkenalkan akaun khusus, @TwitterGaming.

Melalui akaun ini, pihak Twitter dijangka berkongsi pelbagai perkara berkaitan dunia permainan video bersama-sama pengguna laman sosial berkenaan. @TwitterGaming menerangkan akaun mereka sebagai memfokuskan permainan video, personaliti disebaliknya, dan juga arena e-sukan.

Bagi anda yang meminati arena permainan video, dan pada masa yang sama aktif dalam menggunakan laman sosial Twitter, mungkin anda akan berminat untuk mengikuti @TwitterGaming hari ini.


TIPS & ULASAN