PewDiePie Melancarkan Saluran Revelmode Di Bawah Payung Disney

PewDiePie Melancarkan Saluran Revelmode Di Bawah Payung Disney

Diterbitkan pada Jan 14, 2016 oleh .

PewDiePie ialah selebriti YouTube yang sangat dikenali dengan video di bawah genre Let’s Play. PewDiePie atau nama sebenar beliau Felix Kjellberg juga adalah selebriti YouTube terkaya 2015 dengan pendapatan mencecah $12 Juta. Beliau telah melancarkan saluran sendiri Revelmode di bawah payung Disney. Saluran Revelmode beliau menerima dana dari Maker Studio yang dimiliki studio animasi terkemuka ini.

PewDiePie-Revelmode

Revelmode akan menghasilkan kandungan bergenre permainan komputer. Selain PewDiePie, Revelmode turut memaparkan kandungan dari Cinnamon Toast Ken, Cutiepiemarzia, Dodger, Emmablackery, JackSepticEye, Jelly, KwebbelKop dan Markiplier. Melihat perkembangan PewDiePie dari seorang Vlogger yang tidak menghabiskan pengajian universiti menjadi selebriti dunia ini memberikan kami inspirasi. Kami juga mempunyai saluran YouTube dan berharap di masa hadapan rancangan keluaran kami akan ditonton di kaca TV. Jika ada rezeki mungkin Amanz Media akan turut menjadi empayar media yang disegani di seluruh dunia. Sila doakan kejayaan kami.


TIPS & ULASAN