Cari @ Amanz

Proton merupakan pengeluar kereta nasional, dan ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh mereka pada tahun 2016 ini. Terkini, berkongsi kepada media, pihak Proton mengatakan mereka akan hadir dengan empat model baru pada tahun 2016 ini dan menyasarkan untuk menjual sekitar 150,000 unit.

Proton Suprima S

Menurut Proton, mereka akan mengekalkan penggunaan nama model lama untuk versi kenderaan tahun 2016 ini – lebih kurang sama seperti apa yang dilakukan oleh pengeluar seperti Toyota, Honda dan lain-lain.

Pada masa yang sama, ia turut diumumkan yang mana semua pusat jualan Suzuki akan diubah nama kepada Proton Edar. Kerjasama dan kolaborasi antara Suzuki dan Proton juga akan menguntungkan kedua-dua pihak, apatah lagi dengan pihak Proton yang kini menerima akses kepada kepakaran dan teknologi yang dimiliki oleh Suzuki dalam pembangunan segmen enjin bersaiz kecil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd