Cari @ Amanz

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video popular, dan telah memperkenalkan perkhidmatan mereka di seluruh dunia termasuk Malaysia pada minggu lepas. Sebelum ini ramai yang menggunakan proxy dan VPN untuk mengakses perkhidmatan berkenaan. Menyentuh mengenainya, Netflix mengatakan mereka akan mula menghalang akses menggunakan proksi dan juga unblocker.

Netflix

Pihak Netflix mengatakan, dengan pengenalan Netflix di seluruh dunia, kini pengguna tidak lagi memerlukan penggunaan proxy dan unblocker untuk mengakses perkhidmatan berkenaan. Pihak Netflix mengatakan dalam beberapa minggu lagi, mereka akan mengemaskini platform mereka – dan walaupun pengguna menggunakan proksi, mereka masih hanya akan melihat kandungan yang diterhadkan kepada negara mereka sahaja.

Sejumlah besar pengguna masih kekal menggunakan VPN untuk mengakses kandungan luar negara. Sebagai contoh, walaupun diperkenalkan di Malaysia, Netflix masih menawarkan kandungan yang terhad dan tidak menyeluruh seperti di Amerika Syarikat. Ini membuatkan ramai yang melanggan VPN untuk mengakses kandungan di Amerika Syarikat untuk mengakses Netflix secara sepenuhnya.

Netflix mengatakan mereka akan berusaha untuk menawarkan kandungan mereka di seluruh dunia dan tidak akan memerlukan pengguna memerlukan proxy dan sebagainya untuk mengakses kandungan mereka. Tetapi pada masa yang sama juga menghormati hak perlesenan kandungan di sesuatu negara – membuatkan mereka hanya menawarkan kandungan hanya terhad untuk beberapa buah negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd