Porsche Design Menghasilkan Soundbar Daripada Ekzos 911 GT3

Porsche Design Menghasilkan Soundbar Daripada Ekzos 911 GT3

Diterbitkan pada Jan 15, 2016 oleh .

Soundbar ialah sistem audio teater pilihan individu yang mempunyai ruang tamu yang kecil. Harga julannya juga lebih mampu bilik jika dibandingkan dengan sistem audio teater 5.1 sebenar. Kepada penggila kereta dan audio, kini wujud sebuah soundbar yang mensasarkan anda. Porsche Design menghasilkan sebuah soundbar yang menggunakan sistem ekzos sebuah Porsche 911 GT3.

Porsche-Design-911-Soundbar-2

Soundbar ini hanya menyokong audio 2.1 dengan sokongan DTS TruSurround. Tiada subwoofer berasingan disertakan namun menurut Porsche Design, kebuk ekzos yang dikitar semula ini boleh menghasilkan bunyi bass yang cukup kuat bagi menggantikan subwoofer. Sistem audio ini menyokong tambatan secara berwayar dan Bluetooth aptX. Ianya akan dijual Mac hadapan pada harga € 2900 (~RM 13816) sepasang.

Porsche-Design-911-Soundbar-1

 


TIPS & ULASAN