Cari @ Amanz

Perkhidmatan perkongsian gambar Instagram baru berusia lima tahun tetapi sudahpun mempunyai lebih dari 400 Juta pengguna. Setiap hari jutaan gambar baru dimuat naik pengguna. Apa yang kami sedari jenis gambar yang dimuat naik kini seperti tiada variasi. Jika ke lapangan terbang pasti ada yang memuat naik gambar tiket diselit pada pasport. Selepas tiba di destinasi pula gambar sayap pesawat dimuat naik. Apabila ke kedai kopi pula gambar kopi borjuis dengan lukisan diambil dari atas.

Memang tabiat manusia meniru benda yang popular bagi memastikan menerima like yang banyak. Kekurangan variasi ini adalah normal kerana tidak semua orang berbakat untuk mengambil gambar yang unik. Hiérophante ialah seorang pemuzik yang turut menyedari pola yang sama. Video muzik video beliau bertajuk Cliches menunjukkan beberapa contoh gambar Instagram yang sama diambil oleh setiap pengguna laman sosial ini. Adakah anda pernah mengambil gambar-gambar seperti di bawah?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd