Cari @ Amanz

Microsoft telah memperkenalkan Lumia 550 untuk para pengguna perusahaan ketika pelancaran lumia 950 tempoh hari, dan menawarkannya bersama-sama pakej Digi secara percuma apabila pengguna mendaftar untuk pelan Digi SmartPlan for Business dengan komitmen bulanan RM98 selama 24 bulan.

Kini, ia turut dibuka jualan kepada pengguna umum, dimana peranti bersaiz 4.7-inci dengan Windows 10 ini dijual pada harga RM559.

Microsoft Lumia 550

Telefon pintar ini dijana dengan cip Snapdragon 210 1.2Ghz, memori 1GB RAM, dan kamera belakang 5-megapixel.

Walaupun dijana menggunakan Windows 10, peranti ini tidak menyertakan keseluruhan fungsi Windows 10 seperti pada Lumia 950. Peranti ini lebih kepada menawarkan fungsi asas Windows 10 termasuk akses kepada aplikasi Office pada telefon pintar pengguna.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan di semua pengedar rasmi Microsoft bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd