Cari @ Amanz

Di Malaysia restoran pandu lalu sejak wujud sejak 1980an. Restoran A&W di Petaling Jaya menawarkan perkhidmatan makan di dalam kereta kepada pelanggan mereka. Perkhidmatan ini tidak lagi diteruskan kerana kini pengguna lebih gemar memesan makanan dan kemudian memandu pulang ke rumah. Perkhidmatan pandu lalu ini kini turut ditawarkan oleh Starbucks dan Dunkin Donuts. Di Amerika Syarikat pula perkhidmatan ATM pandu lalu juga sudah wujud di kawasan yang berbahaya. Pelanggan merasa lebih selamat mengeluarkan wang terus dari kenderaan mereka.

pasaraya-pandu-lalu-1

Di Russia, rekaan pasaraya pandu lalu baru sahaja dipatenkan oleh Semenov Dahir Kurmanbievich. Di dalam pasaraya pandu lalu terdapat beberapa lorong yang mempamerkan barang yang ingin dijual. Pengguna memasuki lorong sebelum memilih barangan yang ingin dibeli. Barangan dipamerkan di atas rak yang berputar seperti sebuah Roda Ferris. Usai membeli pemandu memandu ke hadapan untuk melakukan pembayaran. Barang jualan di atas rak berputar pula diisi semula oleh sistem tali sawat secara automatik. Idea pasaraya pandu lalu ini menarik bagi mereka yang mahu membeli belah dengan pantas. Tetapi paten ini mempunyai  satu masalah ketara melibatkan asap yang dikeluarkan oleh kenderaan yang pastinya mencemari produk jualan dan menyukarkan pernafasan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd