Cari @ Amanz

Aplikasi penanda aras Antutu kerap kami gunakan untuk melihat kemampuan memproses dan grafik sesebuah peranti. Ianya antara kriteria yang kami gunakan untuk mengulas sesebuah peranti. Antutu sudah mengeluarkan senarai 10 peranti terbaik sepanjang 2015. Megah di tangga teratas ialah Apple iPhone 6S dengan 132620 markah. Peranti dengan pemproses A9 ini dengan mudah mengatasi peranti di tangga kedua iaitu Huawei Mate 8 yang mencatatkan 92746 markah. Huawei Mate 8 diperkasakan dengan pemproses Kirin 950. Jurang di antara peranti terpantas Android dan iOS ini adalah amat besar iaitu sekitar 30%. Adakah pada tahun 2016 Android boleh mengalahkan iOS? Hanya masa dapat menentukan.

Antutu Penanda Aras 2015

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd