iFlix ialah salah satu daripada beberapa perkhidmatan penstriman video yang ditawarkan di negara sekarang. Ia menawarkan ratusan siri TV dan juga filem dari pelbagai genre yang menarik. Kami menggunakan iFlix untuk menonton siri TV klasik yang kami tonton semasa muda belia dahulu. Jika ada satu masalah yang membuatkan kami tawar hati dengan iFlix ialah masalah video yang tidak boleh dimainkan. Apabila ini berlaku anda akan melihat notifikasi di atas terpampang pada skrin pelayar web anda. Masalah ini berlaku agak kerap juga dan menghalang kami dari menonton sepanjang hari. Kami sedari masalah ini juga berlaku kepada pengguna lain. Oleh itu ada baiknya jika kami berkongsi bagaimanakah menyelesaikannya.
Penyelesaiannya agak mudah. Anda hanya perlu melakukan “clear cache” pada pelayar web yang digunakan. Kita mulakan dengan Chrome kerana ianya pelayar web yang paling popular.
- Pergi ke bucu atas sebelah kanan pelayar dan tekan butang dengan tiga barisan mendatar.
- Beberapa pilihan akan muncul. Dari sini pilih “Settings”.
- Tatal kebawah dan pilih “Show advanced settings”
- Di bawah Privacy, pilih butang “Clear browsing data”
- Tetingkap baru akan muncul. Pilih pula “caches images and files” dan “cookies and other site and plugin data”. Kemudian tekan “Clear browsing data”.
- Pergi semula ke Tab iFlix dan tekan refresh.
- Video akan boleh dimainkan sekarang.
Kepada pengguna Mozilla Firefox pula.
- Pergi ke bucu atas sebelah kanan pelayar dan tekan butang dengan tiga barisan mendatar.
- Beberapa pilihan akan muncul. Dari sini pilih “Options”.
- Tatal ke bawah dan pilih “Advanced”.
- Di bahagian atas pilih tab “Network”.
- Di pilihan kedua “Cached Web Content”, tekan butang “Clear Now”.
- Pergi semula ke Tab iFlix dan tekan refresh.
- Video akan boleh dimainkan sekarang.
Kepada pengguna Microsoft Edge;
- Pergi ke bucu atas sebelah kanan pelayar dan tekan butang dengan tiga titik mendatar.
- Beberapa pilihan akan muncul. Dari sini pilih “Settings”.
- Tatal ke bawah dan pilih “Clear browsing data”. Tekan butang “choose what to clear”
- Pilih “Cached data and files”
- Tekan butang “Clear”.
- Pergi semula ke Tab iFlix dan tekan refresh.
- Video akan boleh dimainkan sekarang.