Cari @ Amanz

Terdapat beberapa antivirus percuma di pasaran hari ini, dan turut menyertainya dalam menawarkan perisian perlindungan daripada virus kepada pengguna adalah Kaspersky. Pihak Kaspersky menawarkan antivirus mereka secara berbayar sehingga sebelum ini, dan kini turut menawarkan sebuah versi ringan secara percuma.

Kaspersky Free

Versi percuma ini menggunakan teknologi yang lebih kurang sama seperti versi berbayar – tetapi pada masa yang sama, fungsi yang ditawarkan adalah terhad. Versi percuma ini sekadar menawarkan perlindungan asas daripada perisian dan laman web berbahaya, serta dilengkapi dengan sokongan kemaskini automatik. Fungsi berbayar seperti sokongan teknikal, perlindungan daripada pembayaran internet, kawalan keluarga, perlindungan identiti dan sebagainya tidak ditawarkan untuk versi percuma ini.

Buat masa ini, Kaspersky Free ini ditawarkan dalam bahasa Russia sahaja – membolehkan pengguna di Russia dan Ukraine menggunakannya. Pihak Kasperksy dijangka akan menawarkan ia dalam pilihan lebih banyak bahasa pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd