Cari @ Amanz

Kerangka peranti dihasilkan bagi memberikan perlindungan kepada peranti sekiranya ia terjatuh. Sejak kebelakangan ini rekaan kerangka mengalami evolusi untuk menambahkan fungsi. Ada yang mempunyai tetongkat bagi memudahkan pemilik menonton video. Ada juga yang mengubah isyarat RF menjadi kuasa elektrik dan wujud juga yang memberikan penambahan memori dalaman. Samsung mampatenkan sebuah kerangka dengan fungsi yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Samsung-Kerangka-note-1

Paten kerangka baru ini mempunyai S Pen terbina. Peranti biasa yang menggunakan kerangka ini secara automatik berubah menjadi sebuah sebuah Note lengkap dengan skrin melengkung. Adakah ini bermakna Galaxy S7 bakal mempunyai kemampuan berubah menjadi Note hanya dengan penambahan kerangka? Tahun lalu apabila Note diperlihatkan, beberapa pasaran dunia tidak menerimanya? Petanda awal di masa hadapan keluarga Note akan hanya muncul sebagai kerangka? Ini semua spekulasi buat masa ini. Peranti biasa tidak mempunyai digitiser yang sesuai digunakan dengan S Pen. Paten difailkan tanpa menerangkan bagaimana skrin peranti biasa boleh menggunakan S Pen yang terbina dengan kerangka ini. Kami berharap paten hanya akan tinggal paten kerana ikhlas kami katakan peranti Note keluaran Samsung adalah phablet terbaik di pasaran. Adalah tidak masuk akal sekiranya kerangka ini dihasilkan seterusnya menjejaskan jualan peranti Note di masa hadapan.

Samsung-Kerangka-note-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd