Airtop – PC Desktop Senyap Berspesifikasi Tinggi Hanya Menggunakan Penyejukan Pasif

Airtop – PC Desktop Senyap Berspesifikasi Tinggi Hanya Menggunakan Penyejukan Pasif

Diterbitkan pada Jan 16, 2016 oleh .

Adalah lazim bagi pengguna PC berspesifikasi tinggi untuk memasang lebih dari satu kipas pada kerangka komputer mereka. Satu kipas pada pemproses. Sebuah kipas menyedut udara di hadapan dan sebuah lagi pada bahagian belakang. Jika ada duit lebih beberapa lagi kipas dipasang pada sisi dan panel atas bagi memastikan komponen PC tidak akan panas sekaligus mengurangkan prestasi.

Compulab-Airtop-3

Airtop keluaran syarikat CompuLab ialah PC desktop berspesifikasi yang tidak mempunyai sebarang sistem penyejukan bergerak. Komputer yang dilengkapi pemproses Intel Core i7 dan kad grafik Nvidia Geforce 950 ini disejukkan sepenuhnya menggunakan sistem penyejukan pasif. Komponen disambungkan kepada sinki haba dan 14 paip penyejuk yang menyedut udara dari bahagian bawah kerangka. Sungguhpun tidak mempunyai sistem penyejukan mekanikal, Airtop masih mampu disambungkan kepada empat monitor dengan resolusi 4K. Ia turut dilengkapi cakera SSD sebesar 10 Terabyte dan RAM sehingga 32 Gigabyte. Harga jualan bermula dari $ 1128 (~RM 4491).

Compulab-Airtop-2


TIPS & ULASAN