Cari @ Amanz

Kebanyakkan peranti Android mempunyai sokongan root yang membolehkan para pengguna mempunyai akses kepada keseluruhan sistem Android, dan membuat perubahan dan penambahan yang diinginkan. Perkara ini tidak digalakkan oleh kebanyakkan pengeluar dan boleh mematikan sokongan jaminan untuk peranti berkenaan.

OnePlus 2

Terkini, pihak OnePlus, melalui saluran YouTube mereka telah pun menerbitkan tutorial untuk root peranti OnePlus 2, membolehkan pengguna melakukannya sendiri dengan mudah.

Di samping hanya tutorial, pihak OnePlus turut menyediakan pelbagai fail yang diperlukan untuk proses berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan OnePlus 2, mungkin jika anda merupakan seorang pembangun dan inginkan akses root, boleh mengikut tutorial yang disediakan ini dan mengubah beberapa perkara pada peranti anda bersesuaian dengan pembangunan aplikasi anda di Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd