Permainan Pertama Untuk Telefon Pintar Daripada Nintendo Dijangka Dilancarkan Pada Mac 2016

Permainan Pertama Untuk Telefon Pintar Daripada Nintendo Dijangka Dilancarkan Pada Mac 2016

Diterbitkan pada Jan 17, 2016 oleh .

Nintendo merupakan salah satu syarikat permainan yang popular, tetapi mereka masih tidak menawarkan permainan mereka secara rasminya untuk telefon pintar atau tablet. Pada bulan Oktober lepas, mereka telah berkongsi perancangan untuk permainan mudah-alih pertama mereka yang dinamakan sebagai Miitomo, dan kini laporan lanjutan hadir mengatakan ia dijangka dilancarkan pada bulan Mac 2016.

Nintendo Miitomo

Nintendo Miitomo

Nintendo sendiri telah mengatakan mereka menyasarkan pelancaran pada awal tahun 2016, dan kini mereka menekankan lagi perkara berkenaan dan mengatakan tiada sebarang penagguhan akan berlaku.

Melalui permainan Miitomo, ia akan membolehkan para pengguna mengawal avatar watak tersendiri, dan menggunakannya dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan watak milik pemain yang lain.

Permainan ini dijangka akan ditawarkan secara percuma, tetapi dilengkapi dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.

Nintendo Miitomo

Nintendo Miitomo

Nintendo Miitomo


TIPS & ULASAN