Microsoft Dilaporkan Akan Memperkenalkan Lumia 650 Pada 1 Februari – “Lumia Terakhir”?

Microsoft Dilaporkan Akan Memperkenalkan Lumia 650 Pada 1 Februari – “Lumia Terakhir”?

Diterbitkan pada Jan 17, 2016 oleh .

Info berkaitan Lumia 650 telah tertiris beberapa kali sebelum ini, dan kini, mengikut maklumat baru di web, ia dikatakan Microsoft akan memperkenalkan peranti berkenaan secara rasmi pada 1 Februari 2016 kelak.

Ia dikatakan peranti berkenaan akan diumumkan melalui sebuah artikel pada laman blog Microsoft – lebih kurang seperti beberapa pengumuman peranti Nokia dan Lumia sebelum ini tanpa sebarang acara media khusus untuknya.

Lumia 650

Apa pun, bersama-sama desas-desus baru ini, ia turut dikatakan Lumia 650 akan menjadi telefon Lumia terakhir daripada Microsoft.

Lumia 650 dikatakan bakal menggunakan skrin 5-inci 720p, cip Snapdragon 210 atau 212, memori 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB. Peranti Windows 10 Mobile ini bakal dilengkapi kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Microsoft tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan buat masa ini. Beberapa spekulasi sebelum ini telah mengatakan Lumia 750 dan Lumia 850 akan hadir, tetapi menurut Windows Central, mereka mendengar akan yang mana Lumia 650 akan menjadi model terakhir Lumia untuk tahun ini.

Walaupun ia peranti terakhir Lumia, tidak bermakna ia merupakan peranti terakhir Windows 10 Mobile. Berkemungkinan pihak Microsoft memindahkan ia kepada jenama Surface, dan membiarkan pengeluar seperti Acer, HP dan sebagainya hadir dengan peranti berspesifikasi rendah-pertengahan untuk Windows 10 Mobile.

Apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan dengan peranti akan datang Lumia daripada Microsoft ini.


TIPS & ULASAN