Cari @ Amanz

Apple mempunyai beberapa penawaran untuk pembangun dibawah mereka, dan salah satunya adalah sokongan pengiklanan dinamakan iAd App Network. Ia membolehkan pengiklanan dijalankan pada aplikasi pembangun, dan menjana pendapatan tambahan melaluinya.

Terkini, pihak Apple telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan perkhidmatan berkenaan secara rasminya pada 30 Jun 2016 kelak. Pihak Apple telah menghentikan penerimaan aplikasi baru dibawah rangkaian iAd App Network, tetapi beberapa kempen pengiklanan akan terus berjalan sehingga 30 Jun 2016 kelak. Apple mengatakan pembangun akan menerima pendapatan melalui pengiklanan sehingga 30 Jun 2016 kelak.

Apple tidak mengumumkan mengapa mereka mengambil langkah ini. Berkemungkinan pendapatan melalui pengiklanan untuk Apple tidak begitu tinggi. Apatah lagi, dengan iOS 9, penggunaan penghalang iklan menjadi sangat popular dan pelbagai aplikasi menawarkan sokongan menghalang paparan iklan – sekaligus menjadikan penjanaan wang melalui iklan tidak begitu baik kepada pembangun berbanding menjual aplikasi mereka, ataupun menawarkan pembelian dalam-aplikasi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd