Airbus Dan Uber Bekerjasama Untuk Perkhidmatan Menempah Helikopter

Airbus Dan Uber Bekerjasama Untuk Perkhidmatan Menempah Helikopter

Diterbitkan pada Jan 18, 2016 oleh .

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan para pengguna membuat tempahan kereta untuk dari satu lokasi ke lokasi lain. Di beberapa buah negara, mereka turut telah bereksperimen dengan beberapa jenis pengangkutan yang lain.

Helikopter

Bergerak kehadapan, kini Uber dan Airbus dilaporkan bekerjasama dalam membolehkan penawaran tempahan helikopter melalui platform Uber.

Airbus mempunyai penawaran sewa helikopter yang sangat meluas – malah turut mempunyai operasi di Malaysia. Pihak Airbus mengatakan mereka ingin mencuba projek rintis ini dengan pihak Uber, dan mungkin harga tempahan akan berkurangan dari masa ke semasa.

Kedua-dua pihak dijangka akan memulakan ujian rintis ini di Eropah terlebih dahulu sebelum melihat hasilnya dan memperluaskan ia ke rantau lain.


TIPS & ULASAN