Xiaomi Menghentikan Jualan Mi Pad Di Malaysia – Mi Note RM1469 Sempena Tahun Baru Cina

Xiaomi Menghentikan Jualan Mi Pad Di Malaysia – Mi Note RM1469 Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan pada Jan 18, 2016 oleh .

Xiaomi sebelum ini telah memperkenalkan rekabentuk baru laman Mi.com untuk pengguna Malaysia, dimana produk-produk yang ditawarkan kini lebih tersusun dan mudah untuk dibeli. Bersama-sama perubahan ini juga, pihak Xiaomi telah menghentikan jualan Mi Pad di Malaysia.

Penghentian ini berkemungkinan kerana model tablet berkenaan adalah terlalu lama dan pihak Xiaomi sendiri telah melancarkan Mi Pad generasi kedua pada penghujung tahun lepas.

Xiaomi Mi Notea

Di samping itu, terkini bersempena dengan Tahun Baru Cina, pihak Xiaomi turut menyediakan tawaran khusus, membolehkan pengguna mendapatkan Xiaomi Mi Note pada harga bermula RM1469 jikalau dibeli menggunakan PayPal. Jualan khusus sempena Tahun Baru Cina ini akan diadakan antara 21 Januari 10 pagi sehingga 22 Januari 2016 pukul 10 malam.

Bagi anda yang merancang untuk mendapatkan Mi Note sebelum ini, mungkin ini adalah salah satu peluang untuk anda mendapatkannya pada harga potongan berbanding harga jualan biasa iaitu RM1549.


TIPS & ULASAN