(Ura-Ura) Huawei Akan Memperkenalkan Peranti Hibrid Android Dan Windows

(Ura-Ura) Huawei Akan Memperkenalkan Peranti Hibrid Android Dan Windows

Diterbitkan pada Jan 19, 2016 oleh .

Huawei merupakan pengeluar peranti mudah-alih yang popular dari China. Sejak daripada tahun lepas, mereka telah hadir dengan pelbagai peranti yang direkabentuk dengan cantik dan menawarkan kualiti yang sangat baik. Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan Huawei bakal turut menyertai arena komputer riba.

Mengikut desas-desus, Huawei dikatakan sedang membangunkan sebuah peranti hibrid dengan dwi sistem operasi, yang boleh menjalankan Android dan juga Windows.

Huawei Hibrid

Berkemungkinan besar, ia mungkin bukan komputer riba sepenuhnya, sebaliknya mungkin sebuah tablet yang turut ditawarkan bersama-sama aksesori berupa papan kekunci – lebih kurang seperti Surface, ataupun iPad Pro.

Rakan pesaing senegara mereka, Xiaomi telah memperkenalkan Mi Pad 2 sebelum ini – hadir dalam variasi menjalankan Android ataupun Windows 10. Berkemungkinan pihak Huawei juga hadir dengan MediaPad yang lebih kurang sama, tetapi turut ditawarkan bersama-sama aksesori seperti papan kekunci dan juga sebuah stylus.

Tiada komen dikeluarkan pihak Huawei buat masa ini, dan mungkin jika hal ini benar, kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN