Cari @ Amanz

Hampir setiap tahun pihak Sony menghadirkan diri ke acara Mobile World Congress, dan tahun ini turut tidak ketinggalan. Terkini, mereka telah mula menghantar jemputan kepada pihak media untuk sebuah acara yang dijadualkan pada 22 Februari 2016 kelak.

Sony MWC

Tiada sebarang petanda yang diberikan oleh pihak Sony berkaitan produk yang bakal dilancarkan mereka.

Kali terakhir pihak Sony memperkenalkan produk baru adalah ketika IFA 2015 yang lepas dimana mereka telah memperkenalkan keluarga peranti Xperia Z5.

Mungkinkah pada MWC 2016 ini kelak, kita akan melihat keluarga tablet baru, ataupun kemaskini kepada keluarga peranti berspesifikasi pertengahan daripada Sony?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd