Cari @ Amanz

TheLorry merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada kemudahan para pengguna membuat tempahan lori untuk berpindah, atau untuk beberapa perkara lain. Menggunakannya, pengguna boleh memilih saiz lori, dan membandingkan harga daripada beberapa penyedia.

Ia telah beroperasi sejak daripada penghujung 2014 yang lepas, dan telah menerima suntikan dana awal pada 2015 yang lepas.

TheLorry

Kini, bergerak ke hadapan, TheLorry turut menerima pelaburan tambahan berjumlah $1.5 juta (~RM6.58 juta) untuk membolehkan mereka terus memperluaskan perkhidmatan mereka. Pelaburan kali ini hadir diterajui oleh SPH Media Fund dan turut disertai oleh Elixir Capital. Jumlah pegangan yang diambil tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Melalui pelaburan ini, pihak TheLorry ingin memperkukuhkan kedudukan mereka di Malaysia, dan dijangka memperkenalkan beberapa perkhidmatan baru melalui platform mereka. Memandangkan pelaburan hadir dari Singapura, kita juga akan melihat pihak TheLorry memulakan langkah awal dalam memperluaskan perkhidmatan mereka ke negara berdekatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd