Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat telah memulakan pembangunan robot dalam memudahkan tugasan manusia – terutamanya tugasan yang berulang dan sering dilakukan berkali-kali. Kini, mengikut kajian baru yang dilakukan, ia dijangka robot akan menggantikan lebih 5 juta pekerjaan manusia menjelang tahun 2020 kelak.

Intel Segway Robot

Menurut kajian berkenaan, kebanyakkan pekerjaan yang berisiko yang dijangka akan digantikan adalah termasuk pekerjaan pejabat dan pengurusan.

Beberapa negara telah mla memfokuskan pembangunan robot, termasuk antaranya adalah Jepun, Amerika Syarikat, China, dan beberapa negara lain.

Dengan perkembangan ini, mungkin salah satu cara untuk anda mengekalkan pekerjaan anda dan tidak digantikan oleh robot adalah dengan pelajari pelbagai skil dan ilmu baru – dan menambah kepakaran anda dari hari ke hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd