myHangover – Sebuah Lagi Pemegang Peranti Yang Menarik

myHangover – Sebuah Lagi Pemegang Peranti Yang Menarik

Diterbitkan pada Jan 19, 2016 oleh .

Selain dunia pasca PC, kita juga kini hidup di dunia pasca TV. Tabiat menonton rancangan TV pada waktu dan hari tertentu akan mengalami kepupusan kerana wujudnya perkhidmatan penstriman video atas talian. Penonton dunia pasca TV hanya menonton rancangan TV kegemaran mengikut waktu terluang mereka dan kerap kali hanya dilakukan menerusi peranti pintar. Kami secara peribadi menggunakan perkhidmatan penstriman video seperti Netflix ketika di atas katil sebelum tidur. Memegang peranti dan menonton siri TV adalah memenatkan. Oleh itu kami memerlukan pemegang peranti pintar seperti myHangover di bawah.

myHangover-1

Pemegang peranti ini boleh memegang telefon pintar dan juga tablet dengan mudah. Ia mempunyai leher yang boleh ditetapkan mengikut keperluan pengguna. Apabila tidak diperlukan ia boleh disimpan di belakang kepala katil. Ia turut boleh didirikan dan menjadi pemegang peranti ketika memasak di dapur. myHangover dijual pada harga $59 sebuah. Terdapat pelbagai pemegang peranti ketika di atas katil pernah kami paparkan sebelum ini seperti iBed, tetapi kami rasakan inilah yang paling praktikal dan mudah digunakan.

myHangover-2


TIPS & ULASAN