Asus ZenWatch 2 Dengan Android Wear Berharga Bermula RM649 Di Malaysia

Asus ZenWatch 2 Dengan Android Wear Berharga Bermula RM649 Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 19, 2016 oleh .

Pada minggu lepas, Asus Malaysia telah mengadakan acara Asus Zensation, dimana mereka telah memperkenalkan Zenfone Zoom secara rasminya untuk pasaran Malaysia melalui acara berkenaan. Lanjutan daripadanya, beberapa produk baru turut telah diperlihatkan, termasuk salah satunya adalah jam tangan pintar Android Wear, ZenWatch 2.

Asus ZenWatch 2

Asus ZenWatch 2 merupakan jam tangan pintar generasi kedua daripada Asus, hadir dengan rekaan skrin segi empat-sama, dan menawarkan dua pilihan saiz berbeza – yang mana boleh dipilih berdasarkan kepada saiz tangan pengguna.

Pengguna yang menggunakan sebarang peranti Android atau iPhone boleh menggunakan ZenWatch 2 ini, dan ia tidaklah terhad kepada pengguna Asus sahaja.

Di Malaysia, Asus ZenWatch 2 akan dijual pada harga bermula RM649.


TIPS & ULASAN