Cari @ Amanz

Peranti pintar adalah keperluan hidup majoriti penduduk di Malaysia. Ia digunakan untuk mencari rezeki dengan melakukan perniagaan atas talian mengikut saranan menteri. Ia turut digunakan untuk berkongsi maklumat penting dan kurang penting di media sosial. Yang menghalang kita dari menggunakan peranti sepanjang hari ialah had hayat bateri. Ia perlu dicas setiap hari dan ini memerlukan sumber elektrik. Tetapi kadang kala sumber elektrik tidak dapat ditemui. Oleh itu Delta V, sebuah konsep peranti pintar yang boleh dicas tanpa sumber elektrik ini amat menarik.

Deta-V-2

Delta V dicas semula dengan menggunakan tenaga solar, piezoelektrik dan triboelektrik. Terdapat tiga panel di belakang peranti yang mengubah cahaya mentari, tekanan dan geseran kepada elektrik. Selagi ketiga-tiga panel ini diaruh, Delta V akan terus berfungsi. Konsep peranti ini dihasilkan oleh Niki Danai Chania dan direka bagi mengurangkan pergantungan pengguna kepada palam elektrik. Sekiranya perlu ia masih boleh dicas menggunakan pengecas MikroUSB biasa. Ini ialah konsep yang kami mahukan menjadi realiti. Sangat berguna di dalam situasi kecemasan seperti bencana alam.

Deta-V-1

Deta-V-3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd