iFlix Akan Ke Timur Tengah Dan Afrika – Terbitkan Kandungan Sendiri Tahun Ini

iFlix Akan Ke Timur Tengah Dan Afrika – Terbitkan Kandungan Sendiri Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 19, 2016 oleh .

iFlix merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penstriman, dan antara yang termurah di pasaran. Walaupun Netflix telah memasuki Malaysia, pihak iFlix masih tidak gentar, dan baru-baru ini telah berkongsi beberapa perancangan mereka untuk tahun ini dan akan datang.

iFlix

iFlix kini digunakan oleh lebih kurang 1 juta pengguna – yang mana hadirnya dari Malaysia dan juga Filipina. Untuk tahun 2016 ini, pihak iFlix menyasarkan untuk menambah angka berkenaan menjadi tiga ke lima kali ganda.

Disamping itu, pihak iFlix juga ingin lebih mengoptimasikan perkhidmatan mereka dalam memudahkan lagi pengguna mengakses perkhidmatan mereka. Berkemungkinan sokongan untuk televisyen pintar akan hadir pada tahun ini.

iFlix turut mengatakan mereka akan terus bekerjasama dengan beberapa syarikat lain dalam menambah angka pengguna mereka. Buat masa ini, iFlix telah bekerjasama dengan Digi, selain turut menawarkan akses percuma kepada semua pengguna UniFi. Pada tahun ini, akses percuma turut dijangka diperluaskan kepada pengguna Streamyx.

Walaupun Netflix telah memasuki pasaran Malaysia, iFlix masih mempunyai kelebihannya tersendiri, termasuk penawaran kandungan tempatan, kebolehan muat-turun untuk tontonan luar-talian, dan juga penyampaian kandungan yang lebih dioptimasikan untuk digunakan pada capaian internet yang rendah.

Dengan perkembangan sihat dalam arena penstriman video ini, sama-sama kita lihat apakah yang bakal pihak iFlix bawakan pada tahun 2016 ini.


TIPS & ULASAN