Telefon Pintar Berjenama Wiko Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

Telefon Pintar Berjenama Wiko Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 19, 2016 oleh .

Semakin hari semakin banyak telefon pintar yang telah memasuki pasaran tempatan. Ini kerana Malaysia juga merupakan antara negara dengan kadar pemilikan telefon pintar tertinggi di dunia. Beberapa tahun lalu pasaran tempatan telah mula dibanjiri dengan telefon dari pengeluar China dan untuk tahun ini, Wiko iaitu jenama dari Perancis bakal hadir ke pasaran tempatan pada minggu hadapan.

Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wiko namun di pasaran Perancis, Wiko yang memulakan pengeluaran peranti mereka pada tahun 2011 kini telah berada di tempat kedua selepas Samsung di negara tersebut. Jenama ini selain dari menawarkan telefon pintar, mereka turut menawarkan telefon bimbit dan juga aksesori yang menarik bagi pengguna mereka melakukan kustomasi pada peranti mereka. Ini mungkin sesuatu yang digemari dikalangan pengguna di negara Perancis dan tidak mustahil dikalangan pengguna seluruh dunia.

Wiko Mobile Invites You - 28 Jan 2016

 

Pada minggu hadapan Wiko dijangka akan membuat kemunculan di pasaran tempatan dengan menghadirkan telefon pintar ternipis dan teringan yang dikeluarkan mereka. Jika diikutkan dari jemputan yang dihantar, berkemungkinan Wiko akan memperkenalkan telefon Highway Pure, yang mempunyai ketebalan 5.1mm dan seberat 98g. Apapun sama-sama kita nantikan kemunculannya minggu hadapan.


TIPS & ULASAN