Senarai 25 Kata Laluan Terburuk 2015 Diperlihatkan

Senarai 25 Kata Laluan Terburuk 2015 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jan 20, 2016 oleh .

Password-2015Kata laluan yang baik memastikan data peribadi anda tidak akan mudah jatuh ke tangan individu yang tidak dikehendaki. Pakar keselamatan mengesyorkan penggunaan kata laluan yang panjang, mengandungi nombor serta abjad dan memasukkan huruf besar. Tetapi tidak semua pengguna mengambil serius tentang kata laluan. Senarai 25 kata laluan terburuk 2015 diperlihatkan oleh SplashData dan sekali lagi “123465” kekal di tangga teratas. Ini ialah tahun ke lima ia dinobatkan sebagai kata laluan terburuk. Agak aneh sekali sungguhpun umum diketahui ini adalah kata laluan yang paling mudah diteka, masih ramai yang menggunakannya.

  1. 123456
  2. password
  3. 12345678
  4. qwerty
  5. 12345
  6. 123456789
  7. football
  8. 1234
  9. 1234567
  10. baseball
  11. welcome
  12. 1234567890
  13. abc123
  14. 111111
  15. 1qaz2wsx
  16. dragon
  17. master
  18. monkey
  19. letmein
  20. login
  21. princess
  22. qwertyuiop
  23. solo
  24. passw0rd
  25. starwars

 

 


TIPS & ULASAN