Honor 5X Dan Honor 7 Enhanced Akan Dilancarkan Di Malaysia Minggu Hadapan

Honor 5X Dan Honor 7 Enhanced Akan Dilancarkan Di Malaysia Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 20, 2016 oleh .

Pihak honor Malaysia telah mulakan jualan honor Band Z1 pada minggu ini. Selain daripadanya, kini mereka turut menjadualkan sebuah acara khusus pada minggu hadapan, dimana selain daripada Band Z1, honor turut akan melancarkan honor 5x dan juga honor 7 Enhanced untuk pasaran Malaysia.

Honor 5X

honor 5X merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada honor – tetapi turut hadir menyertakan rekaan premium, termasuk sokongan pengimbas cap jari.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 616, memori 3GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel.

Honor 7

Honor 7

honor 7 Enhanced pula merupakan penaik-tarafan untuk honor 7 sedia ada, hadir dengan Android 6.0 Marshmallow secara terbina padanya. Spesifikasi lain kekal sama, termasuk skrin 5.2-inci, cip Kirin 935, memori 3GB RAM, kamera belakang 20-megapixel, dan sokongan pengimbas cap jari.

Pihak honor Malaysia dijangka mengumumkan harga jualan untuk peranti ini secara rasminya pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN