Facebook Menambah Sokongan Tor Untuk Aplikasi Android

Facebook Menambah Sokongan Tor Untuk Aplikasi Android

Diterbitkan pada Jan 20, 2016 oleh .

Tor merupakan salah satu perisian percuma yang membolehkan pengguna berkomunikasi tanpa dipantau pihak lain. Terkini, pihak Facebook mengumumkan mereka akan menambah sokongan komunikasi Tor pada aplikasi Android rasmi Facebook.

Sokongan Tor oleh Facebook bukan sesuatu yang baru. Mereka telah memperkenalkan alamat Tor Onion pada tahun 2014 yang lepas untuk membolehkan pengguna berhubung ke Facebook melalui pelayar web yang menyokong Tor.

Facebook Tor

Sejak daripada itu, pengguna pelayaran berasaskan Tor telah meningkat. Bergerak ke hadapan, dengan arena peranti mudah-alih yang meningkat penggunaannya, kini Facebook turut membawa sokongan sama kepada aplikasi Android mereka.

Facebook mengatakan mereka akan memperkenalkan fungsi Tor pada aplikasi Android dalam beberapa hari lagi, dan ia ditawarkan melalui aplikasi proksi Orbot.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu memasang aplikasi Orbot, dan kemudian pada aplikasi Facebook, pergi ke halaman App Settings, dan aktifkan “Use Tor via Orbot”.


TIPS & ULASAN