WhatsApp Mula Mengubah Tempoh Langganan Pengguna Kepada Sepanjang Hayat

WhatsApp Mula Mengubah Tempoh Langganan Pengguna Kepada Sepanjang Hayat

Diterbitkan pada Jan 20, 2016 oleh .

WhatsApp telah mengumumkan perubahan pada awal minggu ini, dimana aplikasi mereka akan ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna seluruh dunia – dan tiada lagi yuran langganan untuknya. Sejak daripada pagi ini, pihak WhatsApp telah mula mengaktifkan langganan percuma mereka, dengan mengubah langganan perkhidmatan kepada semua pengguna menjadi “sepanjang hayat”.

WhatsApp Lifetime

WhatsApp telah mengumumkan perancangan mereka sebelum ini, mengatakan ingin menawarkan perkhidmatan mereka yang digunakan lebih 900 juta pengguna secara percuma. Pada masa yang sama, WhatsApp turut menekankan mereka tidak akan menggunakan sebarang pengiklanan pada perkhidmatan mereka.

Sebaliknya, WhatsApp akan membuka platform mereka kepada pelbagai organisasi untuk menggunakannya dalam perhubungan. Seperti ramai sedia maklum, ramai pengguna seluruh dunia aktif menggunakan WhatsApp, dan ini memudahkan syarikat dan organisasi turut sama menggunakannya dalam berkomunikasi bersama-sama pelanggan mereka. WhatsApp dijangka berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka berkenaan membuka platform mereka kepada perusahaan ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN