Vserv hari ini telah mengeluarkan lapora kajian mereka berkaitan telefon pintar di Malaysia. Melaluinya, Vserv mengatakan pengguna telefon pintar di Malaysia dijangka mencapai angka 11 juta pada tahun 2016 ini, dan terus meningkat pada tahun 2017 kelak.
Pada laporan sama, pihak Vserv turut berkongsi beberapa data menarik berkaitan pengguna tempatan, termasuk antaranya;
- Pengguna telefon pintar Malaysia meluangkan masa purata selama 187 minit sehari
- Pengguna tegar menghabiskan masa selama 219 minit sehari pada telefon pintar.
- Kebanyakkan pengguna menggunakan data yang tinggi pada peranti mudah-alih. Penggunaan data internet tertinggi boleh mencapai 397MB sehari (gabungan data dan WiFi).
- Mereka yang gemar memuat-turun aplikasi, secara purata memasang 11 aplikasi atau permainan sebulan.