Panasonic Memperkenalkan Kamera Dengan Sistem Operasi Android – Lumix CM10

Panasonic Memperkenalkan Kamera Dengan Sistem Operasi Android – Lumix CM10

Diterbitkan pada Jan 20, 2016 oleh .

Pada tahun 2014 yang lepas, Panasonic telah memperkenalkan telefon pintar berasaskan Android mereka dengan fokus terhadap kamera. Kini, bergerak ke hadapan, pihak Panasonic memperkenalkan kemaskini untuknya, dengan membuang fungsi telefoni dan hanya memfokuskan kepada fungsi kamera sahaja.

Panasonic Lumix CM10 menggunakan sistem operasi Android, dan dilengkapi dengan lensa 20-megapixel Leica DC 28mm.

Lumix CM10 hadir menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, skrin 4.7-inci, memori 2GB RAM, dan pembaca mikro-SDXC.

Lumix CM10

Kamera pintar ini turut sama menyertakan sokongan rangkaian 3G dan 4G LTE, serta WiFi. Ia hanya memberikan akses kepada pengguna untuk mengakses internet sahaja, dan sebaliknya ia tidak menawarkan sokongan panggilan suara atau menghantar SMS.

Panasonic sendiri menekankan yang mana Lumix CM10 merupakan kamera dan bukan telefon pintar. Ia hadir dengan sokongan kawalan automatik atau manual – serta menyertakan kebolehan rakaman video 4K.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Panasonic akan memasarkan kamera pintar berasaskan Android ini di Malaysia ataupun sebaliknya. Kamera dengan sistem operasi Android 5.0 ini akan mula dijual 25 Februari ini di Jepun. Harga jualan ialah Yen 100000 (~RM 3745) sebuah.


TIPS & ULASAN