Hyetis Alpha – Jam Tangan Pintar Pertama Yang Mengesan Pergerakan Jari

Hyetis Alpha – Jam Tangan Pintar Pertama Yang Mengesan Pergerakan Jari

Diterbitkan pada Jan 20, 2016 oleh .

Jualan jam tangan pintar yang semakin meningkat memaksa pengeluar jam tangan mewah untuk turut menghasilkan jam tangan pintar mereka sendiri. Ini adalah bagi memastikan jualan mereka tidak terus merudum kerana saingan jam tangan pintar yang memberikan pelbagai fungsi tambahan selain menunjukkan waktu. Beberapa minggu lalu Tag Heuer memperlihatkan jam mereka. Kini tiba giliran Hyetis pula dengan jam tangan pintar Alpha Pro

Hyetis-Alpha-1

Jam tangan hibrid analog dan pintar ini mempunyai dua skrin AMOLED berbentuk hemisfera pada muka jam. Di hadapan skrin AMOLED ini terdapat jam analog biasa yang menunjukkan waktu. Skrin AMOLED ini boleh menunjukkan suhu, tarikh, bacaan nadi dan jarak perjalanan pemakai. Yang membuatkan Alpha Pro unik berbanding jam-jam tangan pintar di pasaran ialah ia menyokong pergerakan jari (gesture). Antaramuka jam pintar boleh ditatal tanpa jari menyentuh skrin. Ini bagi mengelakkan skrin jam dari berminyak kerana disentuh. Alpha menggunakan sistem operasi tersendiri FreeRTOS yang membolehkannya ditambat kepada peranti Android dan iOS. Dua versi dihasilkan iaitu versi biasa pada harga CHF 3900 (~RM 17071) manakala versi gentian karbon Alpha Pro dijual pada harga CHF 4950 (~RM 21669).


TIPS & ULASAN